Selasa, Jun 01, 2010

pernak korang amik tau?????

7 wasiat raja-raja melayu

Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari “ empat Negeri Melayu Bersekutu” dan “lima Negeri Melayu Tidak bersekutu” telah member perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

1- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yg kamu pijak dang langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (kemudian dikenali dengan nama Malaysia)

2- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu da kami benarkan kamu isytihar dan simpan umtuk anak cucu kamu, selain gunung-gunung, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain…

3- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELYU memerintah Negara ini.

5- Kami isytiharkan ISLAM adalah agama persekutuan.

6- Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan adalah BAHASA MELAYU

7- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA OARANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN.

*kemudian di tambah kedudukan istimewa ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK

Wasiat ini dihasilkan diatas kehendak Raja- Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan Kedaulatan Negara.

Apatapabuat: baca lar wei kengkawan sekalian n jangan lupa apa tanggungjawb kita pada tanah yg kita pijak dan langit yang kita junjung nih…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan