sajak anakku
anakku
pada hari kamu lihat aku di hari-hari tuaku
dan kini aku sudah pun di penghujung usia ku
bersabarlah dan cubalah kamu mengerti
jika mulutku menjadi comot ketika memamah makanan
jika aku terlupa bagaimana cara memakai baju usangku
sabarlah anakku
sabarlah
kamu kenanglah ketika berjam-jam lamanya
aku menunjuk ajar caranya kepadamu
jika beribu satu kali aku mengungkapkan perkara yang sama
ketika berbicara dengan mu
janganlah kamu menyampuk dan ganggu
dengarlah kata-kata ayah mu ini
ketika kamu masih kecil
beribu-ribu kali aku telah bacakan cerita demi cerita
yang sama kepada mu
sehingga kamu terlena dalam pelukan ku
jika aku tidak mahu bersiram
janganlah kamu malu dan janganlah juga kamu mengherdikku
ingatlah ketika aku terpaksa mengajarmu
dan kuciptakan seribu alasan hanya untuk membuat kamu mahu mandi
bila kamu lihat aku jahil tentang teknologi ya teknologi terkini
berilah aku sedikit masa untuk memahaminya
dan janganlah pula kamu ukir senyuman sinis mu
penuh sindiran
banyak perkara telah aku perturun-ajarkan kepadamu
untuk makan, makanlah makanan yang baik-baik
bila berpakaian, pakailah semolek-moleknya
hadapi sebarang cabaran dalam kehidupan ini
jika ada ketikanya aku hilang daya-daya ingatanku
atau hilang dalam arus perbualan kita
berilah aku sedikit masa untuk mengingatinya
sekiranya aku tidak terdaya mengingatinya, janganlah kamu gusar
kerana perkara yang terpenting bagi ku bukanlah perbualan itu
tetapi detik-detik dan saat-saat kamu disisiku
sambil mendengar perasaan ku dan detik nadiku
jika aku tidak mahu makan janganlah pula kamu memaksaku
aku tahu bila aku lapar
dan aku tahu bila aku kekenyangan
bila kaki ku sudah terlalu longlai untuk melangkah
hulurkanlah tangan mu sepertimana aku memimpinmu
ketika kamu bertatih dahulu
dan jika suatu hari nanti aku berkata aku sudah tidak mahu hidup lagi
aku akan mati
jangan pula kamu marah
pasti suatu hari nanti kamu akan mengerti jua
cubalah kamu fahami usiaku yang telah aku lalui ini
bukanlah hanya satu kehidupan..sebaliknya adalah satu perjuangan
kamu akan faham jua nanti
bahawa disebalik kesilapan demi kesilapan yang pernah aku lakukan
aku hanya mahukan yang terbaik untuk mu
dan aku cuba merintis jalandemi jalan kehidupan
untukmu
janganlah kamu bersedih
janganlah kamu marah
atau lemah apabila melihat aku
longlai disisimu
kamu mestilah berada di sisiku
cubalah fahami diriku
cubalah bantu aku
sebagaimana aku melakukannya
semasa kamu mula mengenali kehidupan ini dahulu
bantulah aku berjalan tolonglah aku mengakhiri perjalanan hidup ku ini
dalam limpahan kasih dan sayang serta kesabaran mu
imbuhan pada mu hanyalah sekuntum senyuman dan kasih sayang sejati yang abadi
ketahuilah anakku
aku amat menyayangngi mu
ikhlas daripada ayahmu
konsep & idea asal:
YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc
olahan oleh:
Prof. Madya Dr.Ahmad Redzuan Abd Rahman.
terbitan: TV UiTM, JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT.